United State Presidential Election 2008

Anda mungkin tidak tahu apa yang akan berlaku pada Selasa 4 Oktober 08.

Tapi masyarakat dunia hari ni sedang memberi perhatian penuh kpd Amerika Syarikat tentang pemilihan Presiden dan Timb. Presiden Amerika.Siapa yang dipilih akan menentukan halatuju Amerika Syarikat selepas ini.Sama ada Barrack Obama dari Parti Democratic mahupun John McCain dari Republikan belum betul-betul dapat memastikan kedudukan selesa dan menjamin kemenangan sebagai Presiden Amerika. Yang nyata rakyat Amerika mahukan perubahan pada dasar luar Amerika yang anti-terorrist yang telah menyebabkan kejadian kacau bilau dan huru hara kepada seluruh masyarakat dunia.

vs

Pilihanraya kali ini telah mencipta sejarah kerana inilah kali pertama 2 senator akan melawan satu sama lain bagi menentukan siapa yang akan menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Selama ini hanya filem di layar perak sahaja pernah memaparkan calon kulit hitam sebagai Presiden Amerika, Namun kali ini ia menjadi realiti apabila Barrack Obama menjadi calon favourite untuk menjadi Presiden Amerika. Sehingga semalam, Obama didapati mendahului pesaingnya di enam daripada sejumlah lapan negeri, termasuk di dua kawasan paling sengit, Florida dan Ohio, menurut tinjauan pendapat Reuters/Zogby.

Dalam tinjauan pada peringkat kebangsaan, Obama mendahului dengan 15 mata di kalangan pengundi bebas dan 13 mata di kalangan wanita, dua blok pengundi terpenting dalam pilihan raya hari ini

Reblog this post [with Zemanta]

0 Responses to “United State Presidential Election 2008”



  1. No Comments Yet

Leave a Reply