Archive for January 15th, 2008|Daily archive page

Malaysia Aman ????

poster_cari_sharlinie2.jpg
Sharlinie dilaporkan hilang tujuh hari lalu ketika dalam perjalanan pulang dari taman permainan berhampiran rumahnya di Taman Medan di sini kira-kira jam 11.30 pagi.Sejak itu gerakan mencarinya dilakukan secara besar-besaran dengan pembabitan polis, media, pertubuhan bukan kerajaan serta orang perseorangan. Sesetengah pihak pula menawarkan ganjaran kepada pemberi maklumat sehingga membawa kepada penemuannya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, menganggap orang yang memberi maklumat palsu sebagai bertindak bodoh sekali gus menyebabkan siasatan polis terjejas sebagai menyusahkan.

“Pada saya, mereka itu ialah orang yang tiada otak… mereka ini hanya menyusahkan polis menjalankan siasatan. Mereka tidak boleh main-main dengan siasatan polis. Kita sangat serius dalam kerja kita.

“Kita boleh mendakwa mereka di mahkamah,” katanya selepas selepas melawat bilik kawalan sistem kamera televisyen litar tertutup (CCTV) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), di sini semalam.

Mari Belajar Menulis

Salamualaikum .. and very good day ..

mari menulis … arggh .. camne la nak start menulis nie … sebelum nie suka baca je … tapi banyak baca tak manfaat dekat orang lain .. susah juga … aku cuba la untuk menulis .. mungkin tak banyak tapi mesti ade usaha …

at least update perkembangan terkini … huh…

we will see soon