Archive for January 17th, 2008|Daily archive page

Tokoh Personaliti

mainpix.jpeg
“Saya sudah dapat lebih, apa lagi yang saya hendak. Jadi apabila Allah beri, kita perlu gunakan nikmat itu untuk faedah orang ramai” Syed Mokhtar Albukhary Syed Nor Albukhary.

Mungkin ramai yang sudah mengenali ahli perniagaan yang berjaya nie .. rasa motivate plak bila baca kisah hidup beliau selepas dianugerah kan Tokoh maal hijrah 1429

Antara kata kata beliau yang bolih diambil iktibar ..

“Saya bersyukur saya sudah rasa semua nikmat Allah melainkan mati, belum rasa lagi. Saya sudah dapat lebih, apa lagi yang saya hendak. Jadi, apabila Allah beri, kita perlu gunakan nikmat itu untuk faedah orang ramai.

“Apabila melihat pertubuhan Kristian, Buddha dan wat Siam yang banyak di Kedah, saya terfikir kenapa kita orang Islam tidak boleh berkembang. Alhamdulillah, saya dapat buat semua dan berkembang seperti hari ini, walaupun terpaksa melalui pahit maung.