Lelaki sakit tumbuk isteri ketika tidur

Siapa pernah berjalan ketika tidur ? angkat tangan !!!!

Selama saya tidur 27 tahun nie .. rasa – rasanya saya tak pernah berjalan lagi ketika tidur,mungkin hanya mengigau adalah tak pun bercakap sorang sorang.tapi tak pelik la kalau ada orang yang berjalan ketika tidur bahkan yang paling teruk membunuh diri,terjun bangunan takpun mengancam nyawa orang lain ketika tidur.

baca berita nie

LONDON: Seorang isteri hidup dalam ketakutan kerana kemungkinan dibunuh suaminya ketika tidur.

Derek Barfoot, 75, menghadapi masalah kesihatan yang amat jarang berlaku dikenali ‘parasomnia iaitu bermimpi melakukan tindakan ganas ketika tidur.

Beliau pernah menumbuk muka isterinya Elaine berulang kali, malah beliau juga pernah cuba mematahkan tangan wanita itu beberapa minggu kebelakangan ini.

Pasangan itu tinggal di Thomas Grant Avenue, Gosport dan sudah bersama dan tidur sekatil sejak enam tahun lalu, sehingga masalah itu mula berlaku.

Kini Elaine, 47, terpaksa tidur di bilik dengan pintu yang dipasang palang besi di rumah mereka.

Beliau juga menyembunyikan semua pisau dan objek tajam, manakala suaminya tidur di atas katil di bahagian dapur berikutan kebimbangan Elaine suaminya mungkin bertindak ganas ketika tidur.

“Biasanya dia seorang lelaki yang amat menyenangkan dan tidak pernah berkelakuan begini sebelum ini. Ia memang bukan dirinya yang sebenar ketika beryindak begitu,” katanya.

Elaine berkata Barfoot sudah tiga kali menyerangnya ketika tidur dan tindakan itu amat mengejutkan, menyebabkan beliau ketakutan dan tidak dapat tidur.

“Saya juga sudah tidak berani lagi tidur sebilik dengannya kerana bimbang dia mungkin menyakiti atau membunuh saya,” katanya.

Kali pertama Barfoot bertindak ganas ke atas isterinya ketika tidur ialah empat bulan lalu dan lelaki itu menyerangnya dua kali lagi dalam tempoh empat hari berikutnya.

Serangan menjadi lebih ganas bermula dengan tumbukan di belakang, kemudian kepala dan selepas itu Barfoot cuba mematahkan lengannya.

“Kali ketiga saya bermimpi seseorang datang kepada saya dengan sebilah pisau dan saya menjerit …

“Buangkan pisau itu!”… dan cuba mematahkan tangan Elaine. Saya benar-benar tidak tahu apa yang saya lakukan ketika tidur,” katanya.

Barfoot kini menjalani ujian perubatan dan keputusannya dijangka diketahui tidak lama lagi, bagaimanapun dia diberitahu bahawa beliau mungkin menghadapi masalah parasomnia. – Agensi bernama

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Suatu ketika masa saya sekolah berasrama dulu , ada cerita seorang pelajar yang ketika tidur panjat koridor dan terjun bangunan 2 tingkat . patah leher dan kemudian mati. mungkin sebab penyakit “parasomnia” ni la kot ..

Reblog this post [with Zemanta]

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: